Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Khamis, 9 Julai 2009

Khutbah Jumaat....Ittaqullah


Islam DiMartabat Negara Berkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi
Kita wajib mempertahankan usaha murni yang telah dimainkan oleh ulama’ pejuang kemerdekaan negara dan pakar perundangan Islam yang telah membolehkan kedudukan Islam di Malaysia hak dan kedudukan istimewa oleh perlembagaan dan dalam masa yang sama tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain. Kedudukan Islam di Malaysia adalah jauh berbeza dengan Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat yang menyebabkan di Indonesia wujudnya pelbagai agama dalam satu keluarga dan murtad bukan suatu kesalahan. Oleh itu kita wajib bersatu dalam memastikan sebarang usaha jahat samada secara terang atau halus dalam mempertikai atau menghapuskan keistimewaan yang diiktiraf oleh perlembagaan kepada Islam. Kita tidak mahu sebarang sikap acuh tidak acuh dan tidak mengambil berat tentang sebarang pindaan untuk melemahkan Islam dan kuasa Mahkamah Syariah akan menyebabkan Islam dan umat Islam akan menerima nasibi sebagaimana Pancasila Indonesia. Tiada sebarang tolak ansur dalam usaha untuk melemahkan kedudukan Islam dalam perlembagaan dan undang-undang. Berlembut bererti redha Islam dihina dan diletakkan setaraf dengan agama lain
Sidang Jumaat yang berkati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ
يُنَصِّرَانِهِأَويُمَجِّسَانِه
(متفق عليه)

Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….

Minggu ini umat Islam dihangatkan kembali dengan isu cubaan jahat untuk meminda undang-undang yang berkaitan penjagaan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam supaya mengikut telunjuk kabinet negara yang memutuskan pada 23 April yang lalu bahawa status anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain termasuk Islam. Kita menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang meminta agar pindaan ini ditangguh terlebih dahulu malah kita berdoa agar ia dibatalkan terus daripada pindaan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah akan menghapuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah sedangkan dalam kes menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu. “Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga. “Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,”
Dari segi agama memang jelas menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam kerana penjagaan anak adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman. Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam. Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti. Ketika orang bukan Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu dalam memastikan keputusan kabinet itu diguna pakai maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah wajib bangun dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang cuba digadaikan dengan penuh biadap dan jahat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :

وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya

Pelbagai fitnah dan musibah berbentuk kerosakan aqidah, kerosakan akhlak, peningkatan jenayah, merebaknya penyakit merbahaya akibat daripada kegagalan umat Islam dalam memahami dan melaksanakan cara hidup Islam dalam kehidupan. Kes selsema babi yang terus meningkat akibat kecuaian dan kedegilan setengah pihak seperti dakwaan kurang tegasnya dalam melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pelancong yang datang kerana tidak mahu menjejaskan industri pelancongan negara. Akibat mahu menjaga pelancong maka nyawa rakyat menjadi taruhan. Begitu juga kedegilan penternak babi terutama yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen kebenaran malah memelihara babi lebih daripada permintaan setempat yang menyebabkan masyarakat terdedah kepada penyakit yang merbahaya ini. Kes ini turut mengganggu pengajian akibat beberapa sekolah terpaksa ditutup malah kerja guru besar semakin bertambah kerana terpaksa dibebankan untuk memeriksa kesihatan pelajar dari masa ke semasa. Kita bimbang selepas ini doktor dan jururawat terpaksa di tempatkan di sekolah-sekolah bagi memeriksa kesihatan setiap hari. Orang lain bawa penyakit, orang lain pula yang terpaksa memikul bebannya. Ketika membaca cara-cara untuk menghindar daripada penyakit selsema babi seperti sentiasa membasuh tangan dan memasuk air ke rongga hidung supaya kuman-kuman keluar maka kita dapati betapa indahnya ajaran Islam yang mewajibkan kita mengambil air sembahyang setiap kali mahu solat lima waktu. Oleh itu sesiapa yang menjaga solat lima waktu dan suka berwudhu’ insya Allah akan dijauhkan daripada penyakit selsema babi. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang merbahaya akibat terkena cahaya matahari seperti dicatatkan pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahl:

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ
نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Umat Islam mesti serius dan bersungguh dalam mengembalikan sistem Islam dalam menangani pelbagai masalah bermula dari Aqidah sehiggalah akhlak yang semakin parah. Kita tertarik dengan cadangan Mufti Negeri Kelantan beberapa bulan lepas supaya dilaksanakan hukum takzir sebat di khalayak ramai bagi jenayah yang tidak besar supaya penjara tidak sesak dan kos menjaga penjenayah tidak terus meningkat disamping kes-kes ini diselesai dengan berkesan dan cepat tanpa menghalang penjenayah untuk menjalankan tugasan harian selepas itu. Begitu juga cadangan menteri agama minggu lepas di Dewan Negara supaya dilaksanakan hukum hudud bagi menangani masalah ragut di mana cadangan ini mestilah benar-benar serius bukannya untuk mencari publisiti murah. Sudah tiba masanya ditubuhkan jawatankuasa khusus dalam menggubal hukum hudud peringkat pusat sebagaimana pernah dibuat oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Sukatan pengajian berkenaan sistem perundangan Islam wajib diperkasakan disemua peringkat pengajian dari sekolah hingga universiti dalam memberi kefahaman mendalam berkenaan sistem Islam. Pilihlah samada laksana Islam dan kita dapat bahagia atau pun biarkan sistem Islam dipenjara sehingga kita bertambah derita. Pilihlah antara Islam sebagai ubat mujarrab dalam menyelesaikan pelbagai masalah atau lebih rela berhukum dengan sistem jahilah yang merupakan racun berbisa yang pasti menambahkan penyakit yang sedia ada
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 6 Julai 2009

Dimana Cantiknya Wanita Itu..

Oleh : anuarani

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS,
Bukan kerana merah kilauan lipstik,
Pada bibir memekar senyuman kosmetik,
Tetapi pada keperibadian terpelihara,
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA,
Tidak pada kulitnya mulus menggebu,
terdedahUntuk menggoda pandangan nafsu mata,
Tetapi pada kehidupan terjaga,
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA,
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam,
Sehingga turunkan insan ke dunia,
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira,
Menjadi tunjang perjuangan syuhada,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK,
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan,
Mengalir mutiara di kelopak mata,
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapaPada hari kebangkitan ,
bermulaCantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI,
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga,
Tetapi sentiasa bersamaMenempuh badai disisi suami tercinta,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU,
Bukan kerana kemewahan dimata,
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai,
Menjadi penghibur hati permata kehidupan,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU,
Bukan terletak pada kebangkitan anak,
Dalam setiap pertelingkahan,
Tetapi dibawah lembayung kejayaan,
Membuai anak dikala suami menjalin impian,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA,
Tidak kerana berjaya meruntuh istana,
Tetapi jalinan kasih sayang,
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK,
Bukan memberi harta duniaSehingga generasi lupa,
Tetapi menjadi pada pendita,
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA,
Bukan kerana menyandang puncak dunia,
Tetapi bijak menangkis rintanganPeka ,
membela nasib dan maruah negara,
Menjadi tulang belakang keteguhan semua,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA,
Bukan kerana jernihnya mutiaraMengalir deras di kelopak mata,
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya,
Menghitung hari dengan selembar nasihat,
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS,
Bukan kerana menjadi sebutan,
Sehingga menjulang keegoaan,
Tetapi dalam mencari ilmuan,
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis,
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH,
Bukan kerana keindahan paras rupa,
Sehingga menjadi ingauan mata,
Tetapi berpegang Akidah Solehah,
Disebalik tirai jiwa,
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah,
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

Berselawatlah...Beramallah dan Berdoalah Memohon Kepada ALLAH

Oleh : anuarani

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Pesanan Guruku;

Syeikh Saad Badran Assyzili Khowukhaji pernah berpesan kepadaku”Perbanyakkanlah Selawat nescaya ALLAH (SWT) akan melimpahkan rezki kepada orang yang berselawat keatas junjungan besar NABI MUHAMMAD SALLAHUALAHIWASALAM.


Oleh Ust Shah Addumyati

Membersihkan Jiwa


Sesungguhnya Allah SWT perintah dengan wajib manusia supaya makan makanan yang toiyyib (halal). Dalam wahyu-Nya Tuhan letak dahulu larangan makan makanan yang tidak baik sebelum larangan bunuh manusia.

Seperti firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah membunuh dirimu (membunuh diri dan orang lain); sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu." (Surah An-Nisa ayat 29)

Terdapat dua hukum dalam satu ayat; pertama larangan memakan harta dengan jalan tiada hak (batil). Tegahan kedua larangan membunuh sama ada membunuh diri atau membunuh individu lain.

Kedua-duanya larangan dalam perkara yang mungkar, tetapi Allah SWT letakkan larangan memakan harta dengan jalan yang tidak betul terlebih dahulu daripada larangan membunuh.

Susunan itu menunjukkan agama Islam mengutamakan masalah makan minum dengan cara diredai-Nya lebih dahulu daripada tegahan selainnya.

Sepaling jahat manusia itu tidak akan melakukan pembunuhan, kecuali mesti ada sebab alasannya. Pembunuhan dapat dikawal seandainya manusia dapat mengawal makan minum harta benda daripada penipuan dan pengkhianatan, pencurian serta rompakan.

Masalah harta menjadi kepentingan bersama dalam situasi terkawal itu, dengan sendirinya menutup punca krisis dan jenayah dalam masyarakat. Di sinilah kedudukan ajaran Islam itu adalah agama menyeluruh Allah SWT, tidak boleh di ambil hanya sebahagiannya dan mengabaikan selebihnya yang dianggap merugikan.

Wajib menerima sepenuhnya apa yang disuruh, meninggalkan apa jua yang diharamkan-Nya. Allah SWT letak dahulu larangan makan harta yang tidak baik daripada larangan membunuh, dengan tujuan membesarkan untuk menimbulkan rasa penting dan gerun di kalangan manusia dengannya.

Ini supaya mengutamakan rezeki yang halal selain memenuhi keperluan, ia juga untuk mendapat keberkatan daripada-Nya. Hanya Islam sahaja yang mempunyai ajaran 'berkat', ia ajaran agama yang mesti dijaga dan diawasi sepenuhnya. Ini supaya rezeki yang dimakan dan pakaian halal yang di pakai akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Harta di tangan manusia pada hakikatnya hak milik Allah SWT, justeru Dia mengingatkan manusia ditegah mengambilnya dengan cara yang batal. Harta kepunyaan orang lain boleh dimiliki hanya melalui cara yang diizinkn oleh syariat, iaitu dengan cara jual beli sesama reda atau sedekah.

Dikurniakan harta oleh Allah SWT kepada manusia sedangkan seluruh mereka menjadi anggota masyarakat, mereka mesti saling bekerjasama untuk mengambil manfaat daripada rezeki yang dikurniakan itu.

Sebagai anggota masyarakat mesti menjauhi tindakan ambil harta antara mereka dengan cara yang batal, pada hakikatnya mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Setiap daripada anggota masyarakat tidak upaya hidup sendirian, kerana semua keperluan hidup tidak dapat diadakan sendiri. Makan dan pakaian serta tempat tinggal saling bergantung dengan pihak lain.

Dengan adanya para petani di kalangan masyarakat, orang ramai dapat keperluan makanan terhindar daripada kebuluran. Dengan adanya para nelayan orang ramai dapat makan lauk ikan sebagai sumber protein.

Dengan wujudnya pengusaha pakaian orang ramai dapat menutup aurat, begitulah seterusnya dalam perkara penting lain yang diperlukan anggota masyarakat.

Apabila Allah SWT melarang melalui firman-Nya; jangan memakan harta sesama manusia dengan jalan batil, bererti mengajar orang beriman supaya hidup saling bekerjasama dan bersatu padu.

Inilah perpaduan sebenar yang diajar Allah SWT kepada manusia, ribuan tahun sebelum wujudnya kerajaan manusia dengan teori perpaduannya.

Begitulah kedudukan manusia sebagai anggota masyarakat, antara satu sama lain saling memerlukan mesti tali menali paut memaut.

Allah SWT melarang keras pembunuhan, kerana pada hakikatnya individu dibunuh itu ibarat dirinya sendiri. Dalam erti kata membunuh saudaranya sesama anggota masyarakat, yang saling memerlukan dalam kehidupan hariannya.

Kembali kepada persoalan makanan mesti dalam situasi halal, adapun mendapatkan makanan halal itu fardu daripada asas agama. Setiap sajian yang dihidang untuk diri dan keluarga, tentukan kehalalannya terlebih dahulu. Demikianlah yang dituntut oleh Islam.

Perkara adab kedua yang mesti dijaga sebelum makan ialah basuh tangan, juga tangan keluarga yang akan menikmati sajian itu. Basuh tangan sebelum makan bukannya adat resam atau budaya sesuatu bangsa, tetapi ajaran agama Islam.

Sekiranya waktu basuh tangan dengan niat menjunjung ajaran agama, semestinya tangan jadi bersih serta dapat pahala daripada Allah SWT pula. Allah SWT perintahkan basuh tangan sebelum makan, lantaran ia tidak sunyi daripada kekotoran sewaktu melakukan kegiatan harian di mana jua.


Oleh Tuan Guru Nik Aziz

Membersihkan tangan dicuci dengan air, sementara pencemaran hati dibersihkan dengan ajaran agama Allah SWT.