Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Rabu, 1 Julai 2009

Kasih Sayang

"Mawaddatul wal rahmah"
"Kasih sayang adalah fitrah semulajadi manusia,
Ia adalah makanan jiwa Penyubur jiwa,
penceria muka Sangat diperlukan oleh setiap hati insan,
Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan sangat berhajat kepadanya,
Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal ,
Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber kebahagiaan manusia ,
Dari kasih sayang manusia bersaudara Bertimbang rasa,
bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama ,
Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela Peri kemanusiaan wujud,
kemesraan sentiasa berbunga Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara ,
Dari kasih sayang hasad dengki kurang Kata-mangata,
hina-menghina jarang berlaku di kaIangan manusia,
Suburkanlah kasih sayang!
Bermula daripada mencintai Tuhan Pencipta manusia,
Cintakan Tuhan adalah anak kunci cintakan sesama manusia ,
Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka ,
Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta ,
Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat ,
Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan ,
Juga tidak akan berlaku hanya di majiis-majlis makan ,
Oleh itu siapa sahaja yang inginkan memperjuangkan ,
"PERPADUAN"
Perjuangkanlah kasih sayang Dengan memperjuangkan cintakan Tuhan khaliqul `alam Cintakan Tuhan adalah menjadi pengikat cinta sesama manusia. "

Wanita oh wanita

Kenapa Wanita Terlalu Istimewa?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam"

Jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

1)” Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

2)Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

3)Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

4)Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

5)Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

oleh Imam Al-Ghazalli."

Selasa, 30 Jun 2009

Memahami Surah Al-Fatihah


AL FAATIHAH (PEMBUKAAN)


MUQADDIMAH


Surat "Al Faatihah" (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quraan dan termasuk golongan surat Makkiyyah.
Surat ini disebut "Al Faatihah" (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quraan.
Dinamakan "Ummul Quraan" (induk Al Quraan) atau "Ummul Kitaab" (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quraan, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
Dinamakan pula "As Sab'ul matsaany" (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.
Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quraan, yaitu :


1. Keimanan :
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu ni'mat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala ni'mat yang terdapat dalam alam ini.
Diantara ni'mat itu ialah : ni'mat menciptakan, ni'mat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata "Rab" dalam kalimat "Rabbul-'aalamiin" tidak hanya berarti "Tuhan" atau "Penguasa", tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala ni'mat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini.
Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : "Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin" ( hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan).
Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Yang dimaksud dengan "Yang Menguasai Hari Pembalasan" ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatutunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap ni'mat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. "Ibadat" yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah, selanjutnya lihat not 6 .


2. Hukum-hukum :
Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.


3. Kisah-kisah :
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quraan memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi ni'mat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). "Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat,"ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quraan pada surat-surat yang lain.

Terjemah Al Qur'an

Isnin, 29 Jun 2009

Wahai Anakku....

Luqman…
Seorang hamba yang soleh Dikurniakan TuhanNya Dengan hikmah kebijaksanaan Di sanubarinya penuh dengan ilmu makrifah Suatu hari…
Dia memanggil anaknya Dan menasihatinya Agar anaknya itu mendapat petunjuk Dengan kata-kata nasihat Dan ilmu yang bercahaya,
Lantaran dengan ilmu Seseorang itu diangkat martabatnya di dunia ini Sementara di akhirat pula kekal abadi,
Di dalam syurga bersama sang bidadari Ketika itu…
Berkatalah Luqman mengajar anaknya Ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui .

“ Hai anakku!.. janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, Kerana mempersekutukan Allah Adalah suatu kezaliman yang amat besar Dan bersyukurlah kepada Tuhanmu Kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia… Tidak mengingkari Pencipta-Nya Kecuali orang yang kufur. Apakah tidak engkau perhatikan, Apa yang telah Allah bentangkan bagimu Apa-apa yang terdapat di langit dan di bumi Dari kebaikan yang amat banyak? Maka engkau menikmati kehidupan ini Lantaran kurniaan-Nya, Penuh keamanan, Keimanan dan Kebaikan yang melimpah-ruah, Di taman dunia yang subur mekar Dengan bunga-bungaan Serta tumbuhan yang berseri-seri. Janganlah engkau berlaku derhaka Terhadap ibu dan ayahmu Dengan apa jua sekalipun, Melainkan apabila mereka Menyuruhmu derhaka Kepada Yang Maha Berkuasa, Maka Allah telah mewasiatkan dirimu; Berbuat baiklah dengan kedua mereka Justeru, Janganlah engkau mengherdik keduanya Dengan perkataan mahupun perbuatan yang dibenci. Hai anakku..! Andainya terdapat sebutir biji sawi Terpendam di dalam batu, Pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat Maka Allah Ta’ala amat Mengetahui segala sesuatu, Lahir mahupun batin Atau apa yang engkau sembunyikan Di dalam dadamu.. Dia memerhatikan dirimu Dalam kepekatan malam yang kelam, Semasa engkau bersolat ataupun tidur lena.