Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Isnin, 29 Jun 2009

Wahai Anakku....

Luqman…
Seorang hamba yang soleh Dikurniakan TuhanNya Dengan hikmah kebijaksanaan Di sanubarinya penuh dengan ilmu makrifah Suatu hari…
Dia memanggil anaknya Dan menasihatinya Agar anaknya itu mendapat petunjuk Dengan kata-kata nasihat Dan ilmu yang bercahaya,
Lantaran dengan ilmu Seseorang itu diangkat martabatnya di dunia ini Sementara di akhirat pula kekal abadi,
Di dalam syurga bersama sang bidadari Ketika itu…
Berkatalah Luqman mengajar anaknya Ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui .

“ Hai anakku!.. janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, Kerana mempersekutukan Allah Adalah suatu kezaliman yang amat besar Dan bersyukurlah kepada Tuhanmu Kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia… Tidak mengingkari Pencipta-Nya Kecuali orang yang kufur. Apakah tidak engkau perhatikan, Apa yang telah Allah bentangkan bagimu Apa-apa yang terdapat di langit dan di bumi Dari kebaikan yang amat banyak? Maka engkau menikmati kehidupan ini Lantaran kurniaan-Nya, Penuh keamanan, Keimanan dan Kebaikan yang melimpah-ruah, Di taman dunia yang subur mekar Dengan bunga-bungaan Serta tumbuhan yang berseri-seri. Janganlah engkau berlaku derhaka Terhadap ibu dan ayahmu Dengan apa jua sekalipun, Melainkan apabila mereka Menyuruhmu derhaka Kepada Yang Maha Berkuasa, Maka Allah telah mewasiatkan dirimu; Berbuat baiklah dengan kedua mereka Justeru, Janganlah engkau mengherdik keduanya Dengan perkataan mahupun perbuatan yang dibenci. Hai anakku..! Andainya terdapat sebutir biji sawi Terpendam di dalam batu, Pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat Maka Allah Ta’ala amat Mengetahui segala sesuatu, Lahir mahupun batin Atau apa yang engkau sembunyikan Di dalam dadamu.. Dia memerhatikan dirimu Dalam kepekatan malam yang kelam, Semasa engkau bersolat ataupun tidur lena.

Tiada ulasan: