Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Rabu, 13 Julai 2011

Hentikan Kezaliman

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera,Salam bersih dan salam perjuangan pertama sekali suka sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pejuang keamanan dan aktivis kebenaran berhimpun menggunakan hak yang termaktub dalam perlembagaan.kita menggunakan hak kita untuk satu perjuangan yang suci dalam menegakkan kebenaran,pelbagai reaksi dari pelbagai pihak ada yang menyokong dan ada menentang,pun kita kita harus melihat dari sudut positif dan kesan dari perhimpunan tersebut,jelas dari satu sudut tidak ada kerosakan dan kemusnahan melainkan kita melihat hanya satu pihak sahaja yang memulakan kemusnahan iaitu pihak berkuasa yang cuba menghalang perhimpunan yang aman,lihat saja adakah polis tercedera dalam peristiwa tersebuttetapi yang banyak cedera sehingga membawa kematian adalah peserta perhimpunan siapa yang bertindak menyuraikan peserta perhimpunan ??? tentunya polis ..siapa yang mencederakan peserta tentunya pihak polis.
Jadi disini jelaslah bahawa perhimpunan aman itu satu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan menghalang dari pemimpin melakukan kezaliman seperti maksud sabda Nabi Muhammad (S.A.W)"Tolonglah saudara engkau yang dizalimi dan yang menzalimi,Sahabat bertanya Kalau orang yang kena zalim kami memang pernah menolong tetapi bagaimana kami nak menolong penzalim,lalu Baginda menjawab hentikan kezaliman."(AL-HADIS)jelas kepada kita bahawa inilah satu perkara di atas tuntutan inilah kita menyatakan kenapa kita mengadakan satu perhimpunan aman.kepada ulama yang menjadi pencacai puak penzalim nasihatkan mereka dengan takut kepada ALLAH. ALLAHUAKBAR...

Khamis, 27 Mei 2010

Ayuh Bangun menentang kemungkaran...

90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).




Jelas kepada kita bahawa apa jua perkara yan berorientasikan judi adalah sesuatu perkara yang haram dan tidak diterima akan lojik menghalalkannya,ayat Al-quran jelas menceritakan dengan penegasan bahawa judi itu satu perkara yang bersumber dari amalan syaitan,adakah kita hendak tergolong diri kita dalam lembah kehinaan bersama dengan syaitan terlaknat,sebagai seorang islam kita mesti bangun dengan apa cara sekalipun dalam menentang usaha bagi menghidupkan kemungkaran ,jangan sekali-kali kita diam kerana kemurkaan ALLAH itu akan datang jika kemungkaran itu tidak kita halang dengan segala kemampuan yang ada.
Ingat !!! apa jua tindakan yang kita lakukan untuk menghalang kemungkaran itu adalah jihad.
Tetapi jika kita tergolong mereka yang menyokong meluluskan perjudian maka dosanya sama seperti dosa orang yang meluluskan najis judi itu,sekalipun kita tidak bermain atau pelanggan dosa itu melekat pada orang yang menaikkan kerajaan yang melaksana perjudian itu…seperti satu qaedah yang ditetapkan oleh Imam Nawawi “Sesiapa yang redha dengan kemaksiatan maka dosanya sama seperti mereka yang melakukan kemaksiatan itu”.



Kita bukan mencari kebenaran tetapi kita mencari bagaimana hendak meninggikan dan memuliakan kebenaran,kerana kebenaran itu sudah terbentang dihadapan kita Iaitu Al-quran ....(Ajaran Islam)

Ayuh kita bangun menentang segala kemungkaran yang berlaku.

Isnin, 24 Mei 2010

PROGRAM PEMUDA PAS KULIM BANAR BAHARU

Malam ada kuliah di Taman Desa Aman dalam Parlimen Padang Serai selepas kuliah aku kena la pulak pergi ke junjung bagi membuat persiapan terakhir program pemuda di junjung iaitu Jamuan Makan Malam Santai yang di anjurakan oleh PPKBB pada esok malam yang bertujuan untuk mengutip dana kebajikan bagi melicinkian program kebajikan pemuda,sunguhpun begitu aku mengucapkan terima kasih kepada semua barisan AJK PPKBB kerana memberi kerjasama yang baik dalam setiap program yang berlangsung bukan wang yang menjadi pengharapan tapi biarlah ia dinilai oleh ALLAH,itulah perjuangan islam yang sebenarnya jerit payah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan masa,wang ringgit dikornbankan kerana yakin ALLAH akan menggantikannya di hari akhirat nanti.Buat abg syukur kita orang bekerja keras dalam menjayakan program ini,semoga ALLAH membalas kerja buat itu,aku macam biasalah….apa-pun yang paling penting buat kerja bersama sahabat ,demi mengukuhkan jamaah ini sebagai memberi kekuatan kepada perlaksanakan suruhan Diatas muka bumi ini.Semoga ALLAH memberi kepada kita dalam perjuangan ini kesabaran dan kekuatan seterusnya kemenangan.

TAKBIRRR !!!! ALLAHUAKBAR

ILMU

ILMU



ILMU…Satu perkataan yang ringkas tapi meliputi baik dari segi kepentingan ,kewajipan dan keperluan nya kepada manusia,maka nyatalah Firman ALLAH yang bermaksud”Katakanlah( wahai Muhammad) adakah sama bagi orang yang berilmu (mengetahui ) dan orang tidak berilmu (tidak mengetahui) dan sesungguhnya orang yang mengambil peringatan itu adalah orang-orang bijak (pandai menggunakan aqal).Maka nyatalah dan jelas pada kefahaman kita bahawa ilmu adalah satu perkara yang membawa manusia kepada sesuatu kejayaan pada sesuatu perkara sama ada ia melibatkan urusan duniawi dan ukhrawi,ia betepatan apa yang telah disabdakan oleh Rasullullah salallahu alaihi wasalam yang bermaksud”sesiapa yang berkehendakkan dunia maka maka wajib keatasnya ilmu,dan siapa yang bekehendakkan akhirat maka wajibnya berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan keduanya maka wajib keatasnya itu ilmu bagi kedua-duanya”.

Kewajipam menuntut ilmu tidak hanya terletak pada kanak-kanak dan had umur tetapi sepanjang hayat sesorang itu patut mencari jalan dalam mendalami ilmu terutama ilmu yang bersangkutan dengan ilmu akhirat,pun begitu ilmu yang berkisar kepada dunia tidak wajar diketepikan kerana kehidupan kita di duni bersangkutan dengan urusan dunia,manakala ilmu akhirat sebagai pemangkin dan penyelamatan didunia dan akhirat kerana ia melibatkan soal urusan di antara hamba dan penciptanya dalam erti kata pengabdian yang sempurna .melibatkan ketaatan dan kepatuhan kepada ALLAH yang akan menjadi HAKIM pada perbicaraan di hari akhirat nanti kerana proses tarbiah manusia itu asanya pada hari akhirat kerana kita akan menghala kepadanya ,melalui ilmu akhirat ini lah yang akan menambahkan keyakinan kita kepada hari akhirat melalui ilmu aqidah yang mana percaya dan yakin pada hari akhirat adalah salah satu daripada rukun iman.

Ramai dikalangan umat islam mengetahui bahwa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan tetapi ramai dari kalangan mereka itu lalai,dan mengutamakan pada perkara yang lain ,ada dikalangan mereka ituyang selalu sembahyang berjemaah tetapi bila ada saja majlis ilmu hilang entah kemana adakah dia beranggapan bahawa dirinya sudah berilmu,ingat !! Sabda rasullullah salallahu alaihi wasalam yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga keliang lahad”. Maksud disini jelas bahwa menuntut ilmu tiada had sempadan sama sudah berilmu atau tiada tetapi kita tidak boleh menyatakan kita sudah berilmu kerana Saidina Umar pernah berkata “Sesiapa yang menyangka dirinya itu berilmu(penuh kesombongan) maka dia itu seorang yang jahil”. Imam Syafi’e juga pernah berkata semakin baNyak aku belajar dan mmbaca terasa jahil aku akan ilmu,inilah luahan hati insan yang merendah diri kepada tuhannya dan merasakan diri ini serba kekurangan,Apatah lagi kita sebagai insan yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan kita patut merasakan bahawa kita adalah lemah segalanya dan perlu setiap hari membaiki dan memperelokkan diri kita.


Besambung….

Ahad, 23 Mei 2010

MATI !!!!!

MATI !!!! Soal yang sukar tetapi ia pasti datang,kita tidak mencari mati,tapi kita perlu persedian menghadapinya,setiap masa dan setiap detik ada saja kematian,bagaimana orang yang mati itu ya???kita bertanya kepada diri sendiri.Bagaimana jika kematian itu milik kita ,apa persedian kita ?bagaimana rasanya sukar nak gambarkan,yang ada pada kita persedian menghadapinyaDalam kesibukan kita bergelumang dengan kehidupan duiawi ini,jangan sekali-kali kita lupa akan perkara ini,bila kita asyik dengan kesedapan INGATLAH KEMATIAN KERANA KEMATIAN ITU MENGHILANG KEALPAAN KITA KEPADA KELAZATAN KEDUNIAAN.Tetapi kita tidak tinggalkan kehidupan dunia, kerana dunia tempat mengumpul bekalan untuk ke akhirat,pilihlah bekalan yang baik untuk kesana.
Apabila malam menjelma sering terbayang dalam kegelapan bagaimana jika dalam keadaan ini ada dua MALAIKAT datang menyoal ku,terkedu diri ini bila berada dalam keadda itu,diri ku sering mengeluh “Aduh letih sangat hari ni,lepas mengajar,mengajar ada la program sana –sinirasa nak nangis je…tapi sapa la nak pujuk bila dah tua-tua ni kan,hati la yang selalu memujuk diri ini,itu la jika hati terdidik dengan perkara yang baik insyaallah ia akan mendorong kita kebaikan,jika hati terdorong dengan keburukan nescaya hawa nafsu la pendorongnya ,Dulu seseorang pernah menasihati ku”Memang kita letih atas muka bumi ni,tapi ada satu masa nanti kita akan berehat panjang “ aku bertanya bila tu? Dia menjawab “tunggulah waktu dan tikanya”.tiba –tiba aku terlihat sebuah hadis yang bermaksud”hadiah untuk orang beriman itu adalah kematian” aku terus menyelami lagi kandungan huraianya ,ooh inilah rupa kerehatan yang sebenarnya kan para pejuang,kekasih ALLAH sedang berehat bila mana kehidupannya dimuka bumi ini penuh dengan kejuhdan(kepayaan/keperitan).

Hilang rasa gundah gulana dalam diri ini,kekuatan itu kembali tersemat dijiwa ini,ye la…siapa yang mendengar rintihan nabi Ibrahim alaihi salam ketika bermunajat dan siapa pulak yang mendengar ketika NABI MUHAMMAD beruzlah di Gua HIRA’.Dialah yang mendengar ketika hamba menangis dan memohon pertolonganNYA.






Dalam keindahan syair berbunyi”

Ku menadah tangan ,memohon keampunan,ku mengangkat tangan memohon keridhaan,
ampunila dosaku,yang aku lakukan,
menggunung noda-noda membalut diriku..
Bukan lantaran siksa neraka mu ,bukan mengharap bidadari di syurgamu,
Dari hati dan jiwa yang tulus ikhlas,ibadahku untukmu jua selama-lama,
Aku tiada kuasa ,aku tiada berdaya,hanyalah kehendak mu jua ya tuhanku,…

Tanam kurma walaupun kiamat semakin hampir....

Rasulullah bersabda “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan ditangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat .Maka hendaklah dia menanamnya,dengan itu ia mendapat pahala.”

Boleh jadi perkara terakhir yang berlegar di fikiran para pendengar ialah supaya Rasulullah salallahualaihi wasalam memperkatakan kepada mereka….

Boleh jadi mereka menyangka bahawa Rasulullah datang untuk mengingatkan manusia tentang hari akhirat,menggalakkan mereka beramal sebagai persedian menuju kepadanya,mengajak mereka membersihkan jiwa dan perlakuan suluk untuk menghadapi hari kiamat,hari penghisaban ,pada hari itu semua jiwa akan tunduk dan hina…..

Boleh jadi mereka menyangka bahawa baginda salallahu alahi wasalam akan bersabda kepada mereka “Maka bersegeralah kamu kepada semua meminta terhadap dosa yang telah kamu lakukan.Bertawajuhlah kamu kepada ALLAH dengan doa yang ikhlas agar dia mematikan kamu dalam keadaan beriman dan menerima taubat kamu serta membangkitkan kamu di atas petunjuk.” Boleh jadi mereka menyangka bahwa baginda salallahu alahi wasalam akan bersabda kepada mereka .”Bersegeralah ,bersihkan tangan kamu dari pada kotoran tanah dan bersihkan jiwa kamu .Tinggallah semua urusan dunia dan hadapkanlah hati kamu kepada akhirat.putuskanlah segala hubungan yang mengikat kamu dengan bumi.Berzikirlah kepada ALLAH.Mengadaplah kepadanya dalam keadaan bersih daripada segala keinginan duniawi sehingga apabila kamu pergi menemui tuhan ,kamu pergi dalam keadaan bersih.Dengan itu Dia menerima taubat dan melindungi kamu dibawah perlindungan –Nya .Dimana tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Nya.

Sekiranya Baginda berkata demikian kepada mereka ,adakah ia merupakan suatu keajaiban?

Bersambung…

Ahad, 3 Januari 2010

ALLAH TUHAN KU...

Terjemah Surah Al-Ikhlas
DENGAN NAMA ALLAH ,YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
[1] Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,

[2] Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

[3] Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,

[4] dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
Dia lah tuhan yang selayaknya disembah,tuhan yang menghidup dan mematikan makhluk,tidak ada sekutu baginya dan tidak ada sifat kekurangan padanya.
ALLAH TUHAN KU
LAILAHAILLALLAH