Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Khamis, 27 Mei 2010

Ayuh Bangun menentang kemungkaran...

90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).




Jelas kepada kita bahawa apa jua perkara yan berorientasikan judi adalah sesuatu perkara yang haram dan tidak diterima akan lojik menghalalkannya,ayat Al-quran jelas menceritakan dengan penegasan bahawa judi itu satu perkara yang bersumber dari amalan syaitan,adakah kita hendak tergolong diri kita dalam lembah kehinaan bersama dengan syaitan terlaknat,sebagai seorang islam kita mesti bangun dengan apa cara sekalipun dalam menentang usaha bagi menghidupkan kemungkaran ,jangan sekali-kali kita diam kerana kemurkaan ALLAH itu akan datang jika kemungkaran itu tidak kita halang dengan segala kemampuan yang ada.
Ingat !!! apa jua tindakan yang kita lakukan untuk menghalang kemungkaran itu adalah jihad.
Tetapi jika kita tergolong mereka yang menyokong meluluskan perjudian maka dosanya sama seperti dosa orang yang meluluskan najis judi itu,sekalipun kita tidak bermain atau pelanggan dosa itu melekat pada orang yang menaikkan kerajaan yang melaksana perjudian itu…seperti satu qaedah yang ditetapkan oleh Imam Nawawi “Sesiapa yang redha dengan kemaksiatan maka dosanya sama seperti mereka yang melakukan kemaksiatan itu”.



Kita bukan mencari kebenaran tetapi kita mencari bagaimana hendak meninggikan dan memuliakan kebenaran,kerana kebenaran itu sudah terbentang dihadapan kita Iaitu Al-quran ....(Ajaran Islam)

Ayuh kita bangun menentang segala kemungkaran yang berlaku.

Tiada ulasan: