Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Ahad, 23 Mei 2010

MATI !!!!!

MATI !!!! Soal yang sukar tetapi ia pasti datang,kita tidak mencari mati,tapi kita perlu persedian menghadapinya,setiap masa dan setiap detik ada saja kematian,bagaimana orang yang mati itu ya???kita bertanya kepada diri sendiri.Bagaimana jika kematian itu milik kita ,apa persedian kita ?bagaimana rasanya sukar nak gambarkan,yang ada pada kita persedian menghadapinyaDalam kesibukan kita bergelumang dengan kehidupan duiawi ini,jangan sekali-kali kita lupa akan perkara ini,bila kita asyik dengan kesedapan INGATLAH KEMATIAN KERANA KEMATIAN ITU MENGHILANG KEALPAAN KITA KEPADA KELAZATAN KEDUNIAAN.Tetapi kita tidak tinggalkan kehidupan dunia, kerana dunia tempat mengumpul bekalan untuk ke akhirat,pilihlah bekalan yang baik untuk kesana.
Apabila malam menjelma sering terbayang dalam kegelapan bagaimana jika dalam keadaan ini ada dua MALAIKAT datang menyoal ku,terkedu diri ini bila berada dalam keadda itu,diri ku sering mengeluh “Aduh letih sangat hari ni,lepas mengajar,mengajar ada la program sana –sinirasa nak nangis je…tapi sapa la nak pujuk bila dah tua-tua ni kan,hati la yang selalu memujuk diri ini,itu la jika hati terdidik dengan perkara yang baik insyaallah ia akan mendorong kita kebaikan,jika hati terdorong dengan keburukan nescaya hawa nafsu la pendorongnya ,Dulu seseorang pernah menasihati ku”Memang kita letih atas muka bumi ni,tapi ada satu masa nanti kita akan berehat panjang “ aku bertanya bila tu? Dia menjawab “tunggulah waktu dan tikanya”.tiba –tiba aku terlihat sebuah hadis yang bermaksud”hadiah untuk orang beriman itu adalah kematian” aku terus menyelami lagi kandungan huraianya ,ooh inilah rupa kerehatan yang sebenarnya kan para pejuang,kekasih ALLAH sedang berehat bila mana kehidupannya dimuka bumi ini penuh dengan kejuhdan(kepayaan/keperitan).

Hilang rasa gundah gulana dalam diri ini,kekuatan itu kembali tersemat dijiwa ini,ye la…siapa yang mendengar rintihan nabi Ibrahim alaihi salam ketika bermunajat dan siapa pulak yang mendengar ketika NABI MUHAMMAD beruzlah di Gua HIRA’.Dialah yang mendengar ketika hamba menangis dan memohon pertolonganNYA.






Dalam keindahan syair berbunyi”

Ku menadah tangan ,memohon keampunan,ku mengangkat tangan memohon keridhaan,
ampunila dosaku,yang aku lakukan,
menggunung noda-noda membalut diriku..
Bukan lantaran siksa neraka mu ,bukan mengharap bidadari di syurgamu,
Dari hati dan jiwa yang tulus ikhlas,ibadahku untukmu jua selama-lama,
Aku tiada kuasa ,aku tiada berdaya,hanyalah kehendak mu jua ya tuhanku,…

Tiada ulasan: