Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Ahad, 23 Mei 2010

Tanam kurma walaupun kiamat semakin hampir....

Rasulullah bersabda “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan ditangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat .Maka hendaklah dia menanamnya,dengan itu ia mendapat pahala.”

Boleh jadi perkara terakhir yang berlegar di fikiran para pendengar ialah supaya Rasulullah salallahualaihi wasalam memperkatakan kepada mereka….

Boleh jadi mereka menyangka bahawa Rasulullah datang untuk mengingatkan manusia tentang hari akhirat,menggalakkan mereka beramal sebagai persedian menuju kepadanya,mengajak mereka membersihkan jiwa dan perlakuan suluk untuk menghadapi hari kiamat,hari penghisaban ,pada hari itu semua jiwa akan tunduk dan hina…..

Boleh jadi mereka menyangka bahawa baginda salallahu alahi wasalam akan bersabda kepada mereka “Maka bersegeralah kamu kepada semua meminta terhadap dosa yang telah kamu lakukan.Bertawajuhlah kamu kepada ALLAH dengan doa yang ikhlas agar dia mematikan kamu dalam keadaan beriman dan menerima taubat kamu serta membangkitkan kamu di atas petunjuk.” Boleh jadi mereka menyangka bahwa baginda salallahu alahi wasalam akan bersabda kepada mereka .”Bersegeralah ,bersihkan tangan kamu dari pada kotoran tanah dan bersihkan jiwa kamu .Tinggallah semua urusan dunia dan hadapkanlah hati kamu kepada akhirat.putuskanlah segala hubungan yang mengikat kamu dengan bumi.Berzikirlah kepada ALLAH.Mengadaplah kepadanya dalam keadaan bersih daripada segala keinginan duniawi sehingga apabila kamu pergi menemui tuhan ,kamu pergi dalam keadaan bersih.Dengan itu Dia menerima taubat dan melindungi kamu dibawah perlindungan –Nya .Dimana tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Nya.

Sekiranya Baginda berkata demikian kepada mereka ,adakah ia merupakan suatu keajaiban?

Bersambung…

Tiada ulasan: