Mulakanlah dengan


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Isnin, 24 Mei 2010

ILMU

ILMU



ILMU…Satu perkataan yang ringkas tapi meliputi baik dari segi kepentingan ,kewajipan dan keperluan nya kepada manusia,maka nyatalah Firman ALLAH yang bermaksud”Katakanlah( wahai Muhammad) adakah sama bagi orang yang berilmu (mengetahui ) dan orang tidak berilmu (tidak mengetahui) dan sesungguhnya orang yang mengambil peringatan itu adalah orang-orang bijak (pandai menggunakan aqal).Maka nyatalah dan jelas pada kefahaman kita bahawa ilmu adalah satu perkara yang membawa manusia kepada sesuatu kejayaan pada sesuatu perkara sama ada ia melibatkan urusan duniawi dan ukhrawi,ia betepatan apa yang telah disabdakan oleh Rasullullah salallahu alaihi wasalam yang bermaksud”sesiapa yang berkehendakkan dunia maka maka wajib keatasnya ilmu,dan siapa yang bekehendakkan akhirat maka wajibnya berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan keduanya maka wajib keatasnya itu ilmu bagi kedua-duanya”.

Kewajipam menuntut ilmu tidak hanya terletak pada kanak-kanak dan had umur tetapi sepanjang hayat sesorang itu patut mencari jalan dalam mendalami ilmu terutama ilmu yang bersangkutan dengan ilmu akhirat,pun begitu ilmu yang berkisar kepada dunia tidak wajar diketepikan kerana kehidupan kita di duni bersangkutan dengan urusan dunia,manakala ilmu akhirat sebagai pemangkin dan penyelamatan didunia dan akhirat kerana ia melibatkan soal urusan di antara hamba dan penciptanya dalam erti kata pengabdian yang sempurna .melibatkan ketaatan dan kepatuhan kepada ALLAH yang akan menjadi HAKIM pada perbicaraan di hari akhirat nanti kerana proses tarbiah manusia itu asanya pada hari akhirat kerana kita akan menghala kepadanya ,melalui ilmu akhirat ini lah yang akan menambahkan keyakinan kita kepada hari akhirat melalui ilmu aqidah yang mana percaya dan yakin pada hari akhirat adalah salah satu daripada rukun iman.

Ramai dikalangan umat islam mengetahui bahwa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan tetapi ramai dari kalangan mereka itu lalai,dan mengutamakan pada perkara yang lain ,ada dikalangan mereka ituyang selalu sembahyang berjemaah tetapi bila ada saja majlis ilmu hilang entah kemana adakah dia beranggapan bahawa dirinya sudah berilmu,ingat !! Sabda rasullullah salallahu alaihi wasalam yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga keliang lahad”. Maksud disini jelas bahwa menuntut ilmu tiada had sempadan sama sudah berilmu atau tiada tetapi kita tidak boleh menyatakan kita sudah berilmu kerana Saidina Umar pernah berkata “Sesiapa yang menyangka dirinya itu berilmu(penuh kesombongan) maka dia itu seorang yang jahil”. Imam Syafi’e juga pernah berkata semakin baNyak aku belajar dan mmbaca terasa jahil aku akan ilmu,inilah luahan hati insan yang merendah diri kepada tuhannya dan merasakan diri ini serba kekurangan,Apatah lagi kita sebagai insan yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan kita patut merasakan bahawa kita adalah lemah segalanya dan perlu setiap hari membaiki dan memperelokkan diri kita.


Besambung….

Tiada ulasan: